Kawan-kawan Comel Saya

Sunday, July 13, 2014

RESEPI ASAM PEDAS AYAM

RESEPI ASAM PEDAS AYAM


ASAM PEDAS AYAM

Memandangkan dah dapat orang Johor, kenalaa belajar masakan Johor ye tak ? Hubby saya suka sangat makan asam pedas, so ni laa hasilnya Asam Pedas Ayam resepi ibu mertuaku... Tapi memang takleh lawan asam pedas mak mertua ku, marvellous!! Ok, jom layan sat..

Bahan-bahan :
* Setengah ekor ayam
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inchi halia di titik
* daun kesum
* 3-4 sudu cili kisar
* pes air asam jawa
* garam & gula

Cara-caranya :
1) Kisar bawang merah, bawang putih & lada kering.
2) Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
3) Kemudian masukkan halia & daun kesum. Masukkan ayam, masak seketika.
4)  Kemudian masukkan air asam jawa & sedikit air.
5) Akhir sekali masukkan bahan perasa. Dan siapp...

Senang kan? Tapi jangan tak tahu, walaupun dah follow 100 % resepi orang tua, tapi hasilnya tetap tak dapat 100 % macam yang beliau masak, faktor air tangan kan? Buat je selalu, InsyaAllah lama-lama menjadik..hikhikhik...

RESEPI URAP KACANG BOTOL + TAUGEH

Salam buat semua..

Sorry sangat-sangat sebab dah 2 3 hari tak update status, busy bak hang, maklumlaa nak raya.. Sopping raya laa, window sopping lagi.. hehe..

Jom layan resepi URAP KACANG BOTOL TAUGEH. Dah lupa dah Ramadhan yang ke berapa saya buat, tak kisah laa ehhh..

Jommm...

RESEPI URAP KACANG BOTOL TAUGEH @ KERABU KACANG BOTOL

URAP KACANG BOTOL


Bahan - bahannya :
* 5 batang kacang botol
1 cawan taugeh
2 biji lada merah
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
* 2 sudu besar udang kering ( rendam sekejap dalam air panas )
* sedikit belacan ( di bakar )
* kerisek kelapa 2 3 sudu besar
* jus limau kasturi
* garam & gula

Cara-caranya :
1) Potong kacang botol halus-halus, pastikan basuh dulu tau..heee..
2) Celur sekejap taugeh dalam air panas (rendam dalam 5 saat je gitu)
3)Tumbuk sampai hancur 1-2 biji lada merah, udang kering, belacan.
4) Dalam satu bekas, satukan kacang botol, taugeh, bawang merah yang dah dimayang tadi, bahan tumbuk & kerisek.
5) Gaul rata. Kemudian masukkan kerisek kelapa, jus limau kasturi, garam & gula. Dah siap!!

Notakaki : Campur dengan kerang lagi best, rebus kerang, kopek isinya dan masukkan sekali dalam Urap Kacang botol Taugeh nih, perghhhh...mabeles!!

Tuesday, July 8, 2014

KURANGKAN BEBANAN BUAH PINGGANG KITA !

Get Clean Water Pitcher Penapis Air Terbaik Di Malaysia

Adakah anda di luar sana masih tercari-cari sistem penapis air yang terbaik untuk keluarga anda? Ataupun anda pening melihat kualiti air yang dihasilkan oleh penapis rumah anda masih di tahap yang teruk?

Sila baca & lihat artikel yang telah disediakan di bawah untuk anda lebih memahami mengapa kita perlu minum air yang bersih.


Maka dengan itu, kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung kepada kesihatan kita. Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan, antaranya :

* detoksifikasi
* melincirkan sendi sistem tulang
* menyokong sistem penghadaman
* mengawal atur suhu badan
* menghantar nutrien & oksigen ke sel-sel badan

Hanya dengan meminum air sempurna (H2O) kan memastikan asas kehidupan yang sihat.

Cuba kita bayangkan air yang di minum setiap hari mengandungi bendasing halus, berbau dan masih ada klorin masuk ke esofagus setiap kali kita minum. Segala macam bendasing itu akan masuk ke tubuh kita. Siapakah yang akan tapis atau filter benda alah itu? Dah tentulah buah pinggang kita kan? Itu baru sehari. Kalau hari-hari, bertahun, berpuluh tahun macamana?

Cuba kita bayangkan adakah buah pinggang kita dapat menampung beban ini? Tentulah lama-lama buah pinggang kita akan rosak. Adakah kita sedar kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari.


Macamana nak dapat air bersih? Memang tak dinafikan air di Malaysia telah diproses sebelum disalurkan ke rumah penduduk untuk digunakan. Tapi siapa boleh jamin air paip di rumah kita tu betul-betul bersih & tak tercemar.

Terutamanya di kawasan Lembah Klang. Masalah air bersih masih gagal ditangani oleh pihak berkuasa. Masih wujud lagi air berlumpur, kotor, berbau dan sebagainya. Walaupun air itu telah dimasak dengan suhu mendidih sekalipun ia masih tidak dapat menghapuskan pelbagai kekotoran bendasing ini. Kalau tak percaya cuba perhatikan air yang telah di masak dibiarkan selama beberapa jam. Kita akan dapat perhati mendapan kekotoran bendasing terkumpul di dasar jag atau botol.

Justeru itu Shaklee memperkenalkan Get Clean Water Pitcher untuk membantu kita minum air bersih setiap hari. Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter. Get Clean Water Pitcher adalah water filter terbaik di Malaysia. Hanya sekadar RM tiga angka di bawah RM 1K kita sudah boleh mendapatkan water filter di rumah kita sekaligus dapat menikmati air yang bersih setiap masa.







Kenapa Saya Memilih Get Clean Water Pitcher Ni?

* Mudah digunakan. Tak perlu bersusah payah pasang ke sinki
* Hanya tuang sahaja air ke dalam jag, dan tak perlu tunggu lama terus air tersebut boleh diminum
* Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap setanding dengan penapis air yang mahal di pasaran.
* Tak perlu susah payah mencuci filter kerana setiap 303 liter (80 gelen) air, hanya perlu tukar filternya sahaja.
* Mudah di bawa ke mana-mana, balik kampung, travel, jalan-jalan, berkelah, dijamin seisi keluarga dapat minum air yang bersih tanpa ragu-ragu. So tak perlu lagi beli air mineral, buang duit & mencemarkan alam sekitar dengan botol-botol air mineral plastik mineral  itu.
* Dan yang paling HARGA MAMPU MILIK! Kini semua orang mampu memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tak perlu bersusah payah lagi masak air atau menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak memiliki air yang bersih
* Jimat duit bukan. Yang penting semua dapat manfaatnya. Tiada lagi air karat di rumah, tiada lagi risiko meminum plumbum berat & apa-apa jenis kotoran lain.

Jom Kita Kenal Lebih Dekat Lagi Dengan Get Clean Water Pitcher Shaklee Ni

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu unutk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu di buang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

* Menandingi jenama terkemuka yang lain
* Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium, dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral yang sihat
* Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin
* Sistem penuras Jag air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
* Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita

Apa Kelebihan & Keistimewaan Get Clean Water Pitcher ini

* Hanya beberapa sen bagi seliter air
* Air yang lebih sihat dan rasanya enak
*Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras-tidak memerlukan kuasa elektrik
* Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
* Menjimatkan kos dan tidak perlu di masak
* Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air ( Water Quality Association [WQA] yang ianya berupaya mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain
* Menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Apa Kata Pengguna Get Clean Water Pitcher ni?



Adakah kita semua sedar akan kepentingan air bersih selama ini? Justeru itu, marilah kita mengurangkan bebanan buah pinggang kita dengan minum air yang bersih setiap hari. Wajibkan diri kita untuk minum air yang bersih & ditapis setiap hari. Jadikan Get Clean Water Pitcher Shaklee satu keperluan rasmi di rumah kita. Kita Sihat Keluarga Pun Sihat!

Shopping Get Clean Water Pitcher DI SINI

Pertanyaan, konsultasi tentang produk boleh hubungi saya di :

Ainiey Ibrahim
sms/whatsapp : 017-7032914
Email : nooraini149610@gmail.com
FB : www.facebook.com/nooraini.ibrahim



MENU KURUSKAN BADAN & TIPS DIET

Menu kuruskan badan & tips diet bagi mereka yang sibuk dan tak sempat untuk berdiet bukanlah perkara mustahil untuk kita lakukan. Jika kita ingin berdiet, kesibukan seharian & jadual harian yang padat dengan kerja-kerja di rumah ataupun pejabat bukanlah satu penghalang.

Kesibukan atau tiada masa bukanlah alasan untuk kita tidak boleh melakukan diet. Jika kita ada keinginan dan kemahuan yang kuat, kita pasti akan berjaya dengan program diet yang kita lakukan.

 TIPS DAN MENU KURUSKAN BADAN UNTUK KITA CUBA

Di bawah ini ada beberapa tips diet dan panduan bagi mereka yang sibuk untuk berdiet.



1) Perkara pertama dan penting yang harus kita lakukan adalah tetapkan jadual untuk kita bersenam.

Kita harus menganggap jadual senaman kita sebagai satu temujanji penting yang tak boleh kita bertangguh dan lewatkan.

Dengan cara ini, kita akan lebih teratur, berdisiplin, dan bersemangat untuk lakukan senaman kita.

2) Pukul berapakah setiap hari kita akan ke tempat kerja kita? Jika jadual kerja kita adalah pegi ke malam, kita boleh ubah dan jadualkan waktu senaman kita ke waktu pagi.

Kita boleh bangun lebih awal setiap hari dan bersenam. Kerana senaman pada waktu pagi seperti berjogging atau senaman jalan pantas boleh membuatkan badan kita rasa lebih segar dan juga bertenaga.

3) Ketika berdiet, kita harus mengira jumlah kalori makanan yang kita ambil dan mencatatnya di dalam buku jurnal atau buku nota.

Tujuannya adalah untuk kita ketahui jumlah kalori makanan yang telah kita ambil setiap hari agar kita tidak melampaui batas yang telah ditetapkan.

Kita juga boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar bagi mereka yang menggunakannya, jika kita malas untuk simpan buku nota dan membuat catatan.



4) Jika kita suka berkunjung ke gimnasium untuk bersenam, kita bolehlah memilih gimnasium yang berdekatan dengan pejabat kita. Ini akan memudahkan lagi untuk kita lakukan senaman harian kita.

Untuk menjimatkan masa lagi, kita juga boleh bersenam di gimnasium pada waktu rehat ataupun selepas waktu bekerja kita. Dengan sebegini, tiada lagi alasan untuk kita tak bersenam.

5) Kadang-kala untuk kita bersenam seorang diri boleh membosankan. Untuk mengatasi masalah ini, ajaklah rakan-rakan atau saudara mara kita untuk bersama-sama bersenam dan menjadi lebih sihat dan menjadikan aktiviti bersenam ini lebih menyeronokkan.

6) Adakah kita masih rasakan tiada masa untuk kita lakukan senaman pada waktu hari bekerja? Apa kata kita lakukan senaman di rumah saja?

Kita sama ada boleh beli peralatan senaman seperti mesin treadmill dan lakukan senaman kita di rumah selepas waktu bekerja.

Ataupun kita boleh gunakan tangga di rumah kita sebagai peralatan senaman kita. Kita boleh berjalan pantas menaiki & menuruni tangga sebagai senaman harian kita.

7) Dan jika masih rasakan waktu di hari bekerja amat padat dan singkat untuk kita bahagikan masa kita untuk bersenam, tak mengapa. Sebab kita masih boleh lakukan senaman kita di hujung minggu.

8) Pada hari bekerja, apakah makanan yang biasa kita ambil pada waktu makan kita? Adakah kita gemar mengambil makanan segera seperti ayam goreng, burger dan kentang goreng? Pengambilan makanan-makanan sebegini sudah pasti akan merosakkan program diet kita.



Jadi adalah lebih baik untuk membawa bekal makanan kita yang telah di masak sendiri di rumah. Selain dapat menjimatkan wang kita, kita juga dapat mengawal kalori makanan yang kita ambil.

9) Sentiasa pastikan kita mengambil sarapan setiap pagi kerana jika kita tak ambil sarapan, ia akan membuat kita rasa lebih lapar pada waktu makan tengahari. Dan sudah pasti, kita akan makan dengan berlebihan pada waktu makan tengahari kita.

Kita juga boleh mengambil  buah-buahan segar seperti epal, pisang dan oatmeal bersama susu segar, jika kita tak biasa mengambil makanan berat pada waktu pagi.

10) Jangan simpan stok makanan ringan seperti kentang goreng, kerepek kentang dan sebagainya.

Adalah lebih baik kita membeli buah-buahan segar. Dan letakkan buah-buahan segar tersebut di tempat yang mudah kita lihat dan ambil.

5 MAKANAN MENU KURUSKAN BADAN DIET TERBAIK

Adakah kita sering sibuk dengan kerja sehingga tak sempat untuk makan dan lakukan diet yang sihat? Jadi adakah jalan singkat untuk kita berdiet adalah dengan mengambil pil-pil diet?

Rasanya tak perlu kerana jalan singkat seperti mengambil pil dan produk diet mungkin tak akan berkesan dalam jangkamasa panjang serta kita tahu apakah kesan sampingan yang akan kita dapat di kemudian hari.

Lagipun ada jenis makanan yang boleh kita ambil dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

Menurut Profesor nutrisi, Dr. Barbara Rolls dari Universiti Penn State, pilihlah makanan yang kaya dengan serat, mempunyai lemak baik, makanan protein dan makanan yang kaya dengan kandungan vitamin serta mineral.

Di antara menu kuruskan badan yang boleh kita ambil ialah :

1. Buah Epal

Menu kuruskan badan dengan mengambil buah epal dan ianya sesuai untuk dijadikan snek dan mudah untuk dibawa ke mana saja.

2. Sayur Bunga Kobis

Menu kuruskan badan dengan sayur bunga kobis. Sayur bunga kobis mengandungi 'phytonutrient sulforaphane' yang boleh membantu menurunkan berat badan kita dengan cepat.

Tapi jika tak suka makan kubis bonga, kita boleh gantikannya dengan sayuran brokoli atau bayam.



3. Bijiran Oatmeal

Menu kuruskan badan dengan bijiran oatmeal. Bijiran oatmeal sesuai untuk kita ambil semasa sarapan kerana ia mengandungi serat dan kaya dengan protein.

4. Telur

Menu kuruskan badan dengan telur. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan memakan 2 biji telur sebagai sarapan kita boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama daripada mengambil roti.

5. Yogurt rendah lemak

Menu kuruskan badan dengan yogurt rendah lemak. Terdapat satu kajian dari Universiti Tennessee yang menunjukkan dengan mengambil 3 hidangan yogurt rendah lemak setiap hari boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan 2 kali lebih cepat berbanding makanan daripada produk susu yang lain.



Menu kuruskan badan dan tips diet ini boleh kita amalkan jika kita benar-benar ingin menguruskan badan kita secara sihat dan semulajadi.

** credit to annehashim.com

Monday, July 7, 2014

ROKOK RASA PAHIT DENGAN VIVIX

Rokok bukanlaa isu baru di negara kita ni. Apatah lagi ketagihan rokok. Hisap rokok dah macam makan nasi je, kalu sehari tak hisap memang tak sah. Sampaikan tersedak-sedak orang disekeliling. Sampaikan ada yang hisap sampai sebungkus sehari. Mak oiiii...tak kesian ke kat paru-paru tu bang oiii? Rasanya semua orang tahu kot yang hisap rokok ni BAHAYA untuk kesihatan tapi kenapa ramai jugak yang merokok?



Pernah terfikir tak agaknya? Bukan kerajaan tak bagi amaran, kat kotak rokok pun ada diletakkan kesan-kesan merokok pada diri sendir, pada anak yang dikandung. Pastu kat tv, radio, media massa, media elektronik semua ada highlight kan pasal bahaya merokok tapi kenapa masih ramai yang hisap rokok? Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah keluarkan fatwa yang hisap rokok ni HARAM, tapi dok sedutttt jugak...

 Kalau bahaya rokok ni kena pada perokok je takpe, tapi risiko pada 2nd hand smoker lagi teruk. Siapa 2nd hand smoker? Kitalaa, orang yang duduk dekat dengan mereka yang merokok iaitu isteri, anak-anak, kawan-kawan, ahli keluarga & sebagainya. Jika dalam keluarga ayahnya seorang perokok, kesannya boleh effect pada kandungan, boleh menyebabkan anak menjadi cacat, sindrom down, bayi pra-matang, pertumbuhan terencat & sebagainya.



 Biasanya yang paling sedih bila suami merokok tentulah isteri. Puas dok pujuk, nasihat suami ni suruh berhenti merokok, tapi semua tak jalan. Berhenti pun mungkin sekejap lepas tu start balik.

 Tapi masih ada jalan keluar bagi mereka yang ketagih merokok. Ada customer yang beli Vivix untuk kecergasan suaminya, tapi kesan lain pulak yang dapat. Tak sampai seminggu suaminya bagitau rokok dah rasa pahit macam hempedu, dah tak sedap nak hisap. Bukan main gembira lagi isterinya. Lagi pula mereka baru merancang nak dapatkan anak. Umum mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kualiti sperma. Jadi dinasihatkan mereka yang merancang nak dapatkan anak tu berhentilah merokok, bagus untuk anda, bagus untuk isteri anda & semestinya bagus untuk bakal zuriat anda.




Tentu kita semua pernah tengok kan iklan tentang kemusnahan yang rokok bawa kepada keluarga. Suami meninggal, anak sakit, ibu kena kanser lidah, kesimpulannya rokok meragut kasih sayang & kebahagiaan dalam keluarga. Kesannya mungkin kita tak nampak dalam masa terdekat sebab rokok juga dikenali sebagai " silent killer".

Bahaya Asap Rokok Pada Isteri: 

* bayi dilahirkan cacat
* melahirkan bayi tak cukup bulan
* mudah terdedah pada kanser
* mengurangkan kesuburan, susah nak dapat anak
* putus haid awal
* kulit rosak tak bermaya

Bahaya Asap Rokok Pada Anak: 

*mudah dapat athma atau lelah
*kene jangkitan peparu
*proses perkembangan peparu anak terganggu
*juga mudah jadi perokok bila dewasa

Dan lebih haru lagi, fenomena ketagih rokok bukan saje melanda orang lelaki. Perempuan atau wanita-wanita cantik pun sudah merokok. Parah lagi, bila makin ditengok, macam makin seronok pula diaorang melepaskan asap busuk tu. Ya mungkin perokok rasa nampak macho, cool dan cantik semasa rokok ditangan. Tapi hakikatnya badan sedang membusuk di dalam. Allah sudah larang kita merosakkan diri sendiri. Dosa tau jika kita secara sengaja mengainiaya diri sendiri. Jadi marilah hentikan ketagihan merokok tu.

14 Sebab Utama Mesti Hentikan Ketagih Rokok: 

* Rokok membunuh 5000 orang Malaysia setiap tahun. Jika memang ada niat nak bunuh diri, silalah hisap sebanyak mungkin.
* Ada 40 sakit kronik disebabkan merokok. Nak mati secara perlahan-lahan seperti kene kanser lidah dan kanser peparu, teruskan merokok.
* Perokok senang sakit, demam, flu dan batuk. Tak macho bila sakit.
* Bahayakan kesihatan anak-anak, jika tak sayang anak, merokoklah!
* Anak perokok akan lebih cenderung menjadi perokok.
* Senyum nampak buruk, sebab gigi kuning dan kusam.
* Nafas busuk!
* Mudah nampak tua, kulit kusam dan berkedut. Not macho at all!
* Mudah letih, stamina kurang. Aktiviti 'bersama' pasangan menjadi hambar.
* Merosakkan bumi, pencemaran udara.
* Sukar dapat anak, kualiti sperma merosot. Isi padu, mobiliti dan struktur morfologi sperma memburuk.
* Atau mati pucuk, membuatkan anda hilang fungsi kelakian.
* Bagi wanita, jika mengandung boleh mengalami keguguran.
* Dan isteri jika terlampau terdedah dengan asap rokok, anak yang dikandungan boleh menjadi cacat.

Apapun, masih dirundung rasa pelik. Kerna walaupun sudah diletakkan gambar-gambar ngeri pada kotak rokok, mereka masih merokok. Tak takut ke bila jadi buruk macam tu. Atau kene letak 'lagu bahaya rokok' setiap kali rokok dinyalakan.

Isteri jika sayangkan suami, carilah alternatif supaya berhenti tabiat ketagih rokok suami. Seperti mengambil Vivix. Banyak lagi manfaat hebat Vivix selain rokok jadi pahit, it's more than that. Suami fikirkanlah, taklah sanggup jadi pembunuh (silent killer) diri sendiri dan juga isteri dan anak. They love you so much. Cubalah dan berdoa agar diberi kebencian terhadap rokok. Percayalah nikmat hidup lebih indah, jika tiada rokok.

Promosi Vivix berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2014. Harga sebotol RM475. Promo Julai Buy 6 free 1. Hubungi Ainiey untuk mendapatkan harga super HEBAT sekarang!!

Nak dapatkan Vivix terus ke rumah anda? Sila klik sini

Ainiey 0177032914
fb : Ainiey Ibrahim
Page : Healthy Is Beauty

I REALLY LOVE THIS SONG ~~~ KEKASIH-DEVOTEES

Ku tujukan lagu ni khas buat suamiku yang tersayang Zainalabidin Sanudi. Semoga cinta & kasih sayang kita kekal hingga ke Jannah, InsyaAllah... Salam Sayang, Mama Ainiey

Ramadhan ke-9

Subhanallah...Alhamdulillah..Lailahaillallah...Allahuakbar..

Masih diizinkan Allah swt untuk menjalani ibadat puasa pada hari ini.. Dah hari yg ke 10 berpuasa bersamaan 8 Julai 2014.

Sangat bersyukur & teruja melihat ramai artis-artis Malaysia mula berhijab pada Ramadhan kali ini iaitu Neelofa, Ziana Zain, Umie Aida & Ana Dahlia. Siapa sangka kan.. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt. Semoga kita semua mendapat Husnul Khotimah iaitu pengakhiran yang baik. Yang berlalu biarkan berlalu, yang penting kita yang hari ini & hari-hari yang seterusnya. Semoga terus Istiqomah....

Ok, jom kita terjah bab resepi pulak.. Semalam, 9 Ramadhan menu berbuka puasa kami sekeluarga ialah AYAM MASAK MERAH. Teringat & rindu masakan bonda yang tersayang, semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat bonda tersayang..

AYAM MASAK MERAH
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :
* Ayam separuh (lumur garam kunyit & goreng)
* Bawang merah 4 ulas
* Bawang Putih 3 ulas
* Halia 1 inchi
* 1 batang serai di titik
* 2 sudu besar cili kisar
* Sos tomato
* Sos cili
* Gula & garam
* Bawang besar sebijik di mayang

Cara-cara :
1) Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
2) Panaskan minyak, tumis serai & bahan kisar sehingga wangi.
3) Masukkan cili kisar & goreng sehingga cili betul-betul masak atau sehingga terbit minyak.
4) Kemudian masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam & gula secukup rasa.
5) Masak sehingga mendidih sehingga kepekatan yang disukai.
6) Akhir sekali masukkan ayam & bawang besar yang di mayang, gaul rata seketika & sedia untuk dihidangkan.

Tips : Sangat sedap di makan dengan nasi minyak & acar timun..nyum..nyum..

SELAMAT MENCUBA...

Sunday, July 6, 2014

NASI AYAM + JEMPUT-JEMPUT UDANG DI RAMADHAN KE 8

Alhamdulillah..hari ni dah Ramadhan yang ke-8. Hari ni saya nak kongsikan resepi Nasi Ayam & jemput-jemput udang yang saya masak hari ni.. Kalau rasa nak cuba sila cuba k..

NASI AYAM SEDAP SENGOTI


NASI AYAM SEDAP SENGOTI
Nasi Ayam Sedap Sengoti

Bahan-Bahan :

Bahan untuk ayam (direbus) :
* 1 ekor ayam dipotong 8
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 2 cm halia, ditumbuk halus
* 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 cm halia, ditumbuk halus
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 1 sudu besar kicap cair
* sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi :
* 3 cawan nasi
* 4 cawan air rebusan ayam
* 2 sudu besar butter
* 1 cm halia ditumbuk halus
* 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
* sedikit garam
* 2 bunga lawang*
* 4 buah pelaga*
* 1 kayu manis*
* 1 batang serai dititik
* 2 helai daun pandan
* sedikit kunyit untuk warna & aroma

Bahan untuk sos :
* 5 biji cili merah
* 2 cm halia
* 1 sudu besar cuka
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu teh gula
* 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup :
* air rebusan ayam
* 1 biji bawang besar 
* rempah sup bunjut
* garam
* daun sup & bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap :
* kuah kicap perapan ayam di atas
* kicap manis
* sedikit garam
* air rebusan ayam

Cara Penyediaan :
Cara untuk ayam :
1) Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2) Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3) Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam ( rujuk bahan perap untuk ayam).
4) Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi :
1) Basuh beras dan tos air.
2) Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis yang bertanda *, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup :
1) Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos :
1) Kisarkan semua bahan di atas.
2) Boleh juga di masak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap :
1) Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum di hidang. 

Tips :
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Tadaaaa...siap dah Nasi Ayam Sedap Sengoti..hihi

Jom kita pi ke resepi yang ke-2 pulak untuk hari ini iaitu Jemput-jemput Udang. Ni semua sebab tengok Ketuk-ketuk Ramadhan tengahari tadi laa ni. Tetamunya Mawi World, dia masak Jemput-jemput bilis, tapi saya adjust sikit dengan tambah udang. Jom layanssss..

JEMPUT-JEMPUT UDANG
Jemput-jemput Udang

Bahan-bahan :
* 3 cawan tepung gandum
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* segenggam ikan bilis - buang tulang & kepala
* daun bawang dihiris
* 1 biji telur dipukul sedikit
* udang
* sedikit garam
* air
* lada merah dimayang halus-halus

Cara Penyediaan :
1) Gaulkan ikan bilis, gandum, daun bawang, lada merah, bawang besar hingga sebati.
2) Kemudian masukkan telur, garam dan masukkan air sehingga agak-agak likat.
3) Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng jemput-jemput.

Dah siapppp... Boleh dicicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.. Walaweiii...mak mertua lalu pun tak perasan u ollsss...hehe.. Selamat mencuba ye kawan-kawan..

Friday, July 4, 2014

SET RAMADHAN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, hari ni Sabtu 5 Julai 2014 bersamaan 7 Ramadhan 1435 H  bermakna dah 7 hari kita semua berpuasa pada tahun ini. Sekejap je kan rase? Pejam celik pejam celik dah 7 hari dah kita berpuasa, Alhamdulillah.

Alhamdulillah puasa tahun ini adalah puasa yg pertama untuk anak bujangku Muhammad Adeeb Zafran untuk belajar berpuasa. Sepanjang 7 hari puasa ni, Adeeb berjaya puasa sekerat hari selama 6 hari dan 1 hari puasa penuh.. Kira ok laa tu kan? Merenget nak buka tu memang ada, cuma telinga ni buat-buat tak dengar je, keras kan hati...hihi...

Sempena Ramadhan ni, saya amat mengesyorkan korang semua cuba set Ramadhan Shaklee ni. Ade 3 produk iaitu ESP, Meal Shakes & Performance Drink.

                       
                                            SET RAMADHAN SHAKLEE


Shaklee menawarkan set istimewa sempena Ramadhan iaitu dikenal jugak sebagai Shaklee Mighty 3 Germ program. Set ni sesuai di ambil semasa bersahur untuk membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa. Dan yang bestnya ibu yang menyusu (breastfeeding) & yang tengah mengandung pun boleh ambil set Mighty Germ ni sepanjang berpuasa.

Set ni amatlaa sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak (Meal shakes), dewasa & juga warga emas. Orang yang tengah berdiet pun amat sesuai ambik set ni.

Ok, jom kita tengok satu-persatu mengenai produk yang terdapat dalam set ni pulak. Set ni mengandungi Meal Shakes, ESP & juga Performance Drink. Meal Shakes & ESP mempunyai perasa Vanilla yang sangat lazat, berkrim di sukai ramai..hehe.. Yang penting kedua-duanya amat berkhasiat untuk tubuh kita kerana ia mengandungi 9 Asid Amino yang lengkap untuk keperluan tubuh & mampu membekalkan tenaga berpanjangan serta mengawal rasa lapar semasa kita sedang berpuasa.

Performance Drink (PD) pula berperanan membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita & mengimbangi kandungan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Hmm..sesuai dengan cuaca negara kita sekarang ni yang mengalami cuaca yang tak menentu yang dikenali sebagai EL-NINO.

PD merupakan minuman kegemaran para atlit. Apa yang bestnya PD ni u olls? PD ni mempunyai rase oren, yang penting ia bebas gula & tanpa perasa & pewarna tiruan. Anda bole minum PD ni begitu saja atau pun di campur bersama Meal Shakes & ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan para ibu yang menyusu kerana banyak tenaga & bendalir badan yang dikeluarkan semasa proses menyusu.

Nak dapatkan Set Mighty 3 Germ ni? Sila klik sini

Ainiey
sms/ wasaap 017-7032914
fb : Ainiey Ibrahim
Page : Healthy Is Beauty
   

Thursday, July 3, 2014

Shaklee

Shaklee is my passion
My soul
My Everything

i love Shaklee

Selamat Datang Buat Semua..

Assalamualaikum buat semua...

Nama saya Ainiey, mama kepada 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad Adeeb Zafran & Dhiya Nur Athirah. Juga rusuk kiri kepada Zainalabidin Sanudi. Saya seorang Working At Home Mum (WAHM). Semoga blog ini bermanfaat buat semua...

Salam Sayang,
Mama Ainiey
Muhammad Adeeb Zafran (29/08/2008)

Dhiya Nur Athirah (07/07/2011)