Kawan-kawan Comel Saya

Sunday, July 6, 2014

NASI AYAM + JEMPUT-JEMPUT UDANG DI RAMADHAN KE 8

Alhamdulillah..hari ni dah Ramadhan yang ke-8. Hari ni saya nak kongsikan resepi Nasi Ayam & jemput-jemput udang yang saya masak hari ni.. Kalau rasa nak cuba sila cuba k..

NASI AYAM SEDAP SENGOTI


NASI AYAM SEDAP SENGOTI
Nasi Ayam Sedap Sengoti

Bahan-Bahan :

Bahan untuk ayam (direbus) :
* 1 ekor ayam dipotong 8
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 2 cm halia, ditumbuk halus
* 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 cm halia, ditumbuk halus
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 1 sudu besar kicap cair
* sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi :
* 3 cawan nasi
* 4 cawan air rebusan ayam
* 2 sudu besar butter
* 1 cm halia ditumbuk halus
* 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
* sedikit garam
* 2 bunga lawang*
* 4 buah pelaga*
* 1 kayu manis*
* 1 batang serai dititik
* 2 helai daun pandan
* sedikit kunyit untuk warna & aroma

Bahan untuk sos :
* 5 biji cili merah
* 2 cm halia
* 1 sudu besar cuka
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu teh gula
* 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup :
* air rebusan ayam
* 1 biji bawang besar 
* rempah sup bunjut
* garam
* daun sup & bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap :
* kuah kicap perapan ayam di atas
* kicap manis
* sedikit garam
* air rebusan ayam

Cara Penyediaan :
Cara untuk ayam :
1) Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2) Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3) Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam ( rujuk bahan perap untuk ayam).
4) Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi :
1) Basuh beras dan tos air.
2) Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis yang bertanda *, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup :
1) Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos :
1) Kisarkan semua bahan di atas.
2) Boleh juga di masak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap :
1) Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum di hidang. 

Tips :
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Tadaaaa...siap dah Nasi Ayam Sedap Sengoti..hihi

Jom kita pi ke resepi yang ke-2 pulak untuk hari ini iaitu Jemput-jemput Udang. Ni semua sebab tengok Ketuk-ketuk Ramadhan tengahari tadi laa ni. Tetamunya Mawi World, dia masak Jemput-jemput bilis, tapi saya adjust sikit dengan tambah udang. Jom layanssss..

JEMPUT-JEMPUT UDANG
Jemput-jemput Udang

Bahan-bahan :
* 3 cawan tepung gandum
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* segenggam ikan bilis - buang tulang & kepala
* daun bawang dihiris
* 1 biji telur dipukul sedikit
* udang
* sedikit garam
* air
* lada merah dimayang halus-halus

Cara Penyediaan :
1) Gaulkan ikan bilis, gandum, daun bawang, lada merah, bawang besar hingga sebati.
2) Kemudian masukkan telur, garam dan masukkan air sehingga agak-agak likat.
3) Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng jemput-jemput.

Dah siapppp... Boleh dicicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.. Walaweiii...mak mertua lalu pun tak perasan u ollsss...hehe.. Selamat mencuba ye kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment