Kawan-kawan Comel Saya

Monday, July 7, 2014

Ramadhan ke-9

Subhanallah...Alhamdulillah..Lailahaillallah...Allahuakbar..

Masih diizinkan Allah swt untuk menjalani ibadat puasa pada hari ini.. Dah hari yg ke 10 berpuasa bersamaan 8 Julai 2014.

Sangat bersyukur & teruja melihat ramai artis-artis Malaysia mula berhijab pada Ramadhan kali ini iaitu Neelofa, Ziana Zain, Umie Aida & Ana Dahlia. Siapa sangka kan.. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt. Semoga kita semua mendapat Husnul Khotimah iaitu pengakhiran yang baik. Yang berlalu biarkan berlalu, yang penting kita yang hari ini & hari-hari yang seterusnya. Semoga terus Istiqomah....

Ok, jom kita terjah bab resepi pulak.. Semalam, 9 Ramadhan menu berbuka puasa kami sekeluarga ialah AYAM MASAK MERAH. Teringat & rindu masakan bonda yang tersayang, semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat bonda tersayang..

AYAM MASAK MERAH
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :
* Ayam separuh (lumur garam kunyit & goreng)
* Bawang merah 4 ulas
* Bawang Putih 3 ulas
* Halia 1 inchi
* 1 batang serai di titik
* 2 sudu besar cili kisar
* Sos tomato
* Sos cili
* Gula & garam
* Bawang besar sebijik di mayang

Cara-cara :
1) Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
2) Panaskan minyak, tumis serai & bahan kisar sehingga wangi.
3) Masukkan cili kisar & goreng sehingga cili betul-betul masak atau sehingga terbit minyak.
4) Kemudian masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam & gula secukup rasa.
5) Masak sehingga mendidih sehingga kepekatan yang disukai.
6) Akhir sekali masukkan ayam & bawang besar yang di mayang, gaul rata seketika & sedia untuk dihidangkan.

Tips : Sangat sedap di makan dengan nasi minyak & acar timun..nyum..nyum..

SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment