Kawan-kawan Comel Saya

Tuesday, July 8, 2014

MENU KURUSKAN BADAN & TIPS DIET

Menu kuruskan badan & tips diet bagi mereka yang sibuk dan tak sempat untuk berdiet bukanlah perkara mustahil untuk kita lakukan. Jika kita ingin berdiet, kesibukan seharian & jadual harian yang padat dengan kerja-kerja di rumah ataupun pejabat bukanlah satu penghalang.

Kesibukan atau tiada masa bukanlah alasan untuk kita tidak boleh melakukan diet. Jika kita ada keinginan dan kemahuan yang kuat, kita pasti akan berjaya dengan program diet yang kita lakukan.

 TIPS DAN MENU KURUSKAN BADAN UNTUK KITA CUBA

Di bawah ini ada beberapa tips diet dan panduan bagi mereka yang sibuk untuk berdiet.



1) Perkara pertama dan penting yang harus kita lakukan adalah tetapkan jadual untuk kita bersenam.

Kita harus menganggap jadual senaman kita sebagai satu temujanji penting yang tak boleh kita bertangguh dan lewatkan.

Dengan cara ini, kita akan lebih teratur, berdisiplin, dan bersemangat untuk lakukan senaman kita.

2) Pukul berapakah setiap hari kita akan ke tempat kerja kita? Jika jadual kerja kita adalah pegi ke malam, kita boleh ubah dan jadualkan waktu senaman kita ke waktu pagi.

Kita boleh bangun lebih awal setiap hari dan bersenam. Kerana senaman pada waktu pagi seperti berjogging atau senaman jalan pantas boleh membuatkan badan kita rasa lebih segar dan juga bertenaga.

3) Ketika berdiet, kita harus mengira jumlah kalori makanan yang kita ambil dan mencatatnya di dalam buku jurnal atau buku nota.

Tujuannya adalah untuk kita ketahui jumlah kalori makanan yang telah kita ambil setiap hari agar kita tidak melampaui batas yang telah ditetapkan.

Kita juga boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar bagi mereka yang menggunakannya, jika kita malas untuk simpan buku nota dan membuat catatan.



4) Jika kita suka berkunjung ke gimnasium untuk bersenam, kita bolehlah memilih gimnasium yang berdekatan dengan pejabat kita. Ini akan memudahkan lagi untuk kita lakukan senaman harian kita.

Untuk menjimatkan masa lagi, kita juga boleh bersenam di gimnasium pada waktu rehat ataupun selepas waktu bekerja kita. Dengan sebegini, tiada lagi alasan untuk kita tak bersenam.

5) Kadang-kala untuk kita bersenam seorang diri boleh membosankan. Untuk mengatasi masalah ini, ajaklah rakan-rakan atau saudara mara kita untuk bersama-sama bersenam dan menjadi lebih sihat dan menjadikan aktiviti bersenam ini lebih menyeronokkan.

6) Adakah kita masih rasakan tiada masa untuk kita lakukan senaman pada waktu hari bekerja? Apa kata kita lakukan senaman di rumah saja?

Kita sama ada boleh beli peralatan senaman seperti mesin treadmill dan lakukan senaman kita di rumah selepas waktu bekerja.

Ataupun kita boleh gunakan tangga di rumah kita sebagai peralatan senaman kita. Kita boleh berjalan pantas menaiki & menuruni tangga sebagai senaman harian kita.

7) Dan jika masih rasakan waktu di hari bekerja amat padat dan singkat untuk kita bahagikan masa kita untuk bersenam, tak mengapa. Sebab kita masih boleh lakukan senaman kita di hujung minggu.

8) Pada hari bekerja, apakah makanan yang biasa kita ambil pada waktu makan kita? Adakah kita gemar mengambil makanan segera seperti ayam goreng, burger dan kentang goreng? Pengambilan makanan-makanan sebegini sudah pasti akan merosakkan program diet kita.



Jadi adalah lebih baik untuk membawa bekal makanan kita yang telah di masak sendiri di rumah. Selain dapat menjimatkan wang kita, kita juga dapat mengawal kalori makanan yang kita ambil.

9) Sentiasa pastikan kita mengambil sarapan setiap pagi kerana jika kita tak ambil sarapan, ia akan membuat kita rasa lebih lapar pada waktu makan tengahari. Dan sudah pasti, kita akan makan dengan berlebihan pada waktu makan tengahari kita.

Kita juga boleh mengambil  buah-buahan segar seperti epal, pisang dan oatmeal bersama susu segar, jika kita tak biasa mengambil makanan berat pada waktu pagi.

10) Jangan simpan stok makanan ringan seperti kentang goreng, kerepek kentang dan sebagainya.

Adalah lebih baik kita membeli buah-buahan segar. Dan letakkan buah-buahan segar tersebut di tempat yang mudah kita lihat dan ambil.

5 MAKANAN MENU KURUSKAN BADAN DIET TERBAIK

Adakah kita sering sibuk dengan kerja sehingga tak sempat untuk makan dan lakukan diet yang sihat? Jadi adakah jalan singkat untuk kita berdiet adalah dengan mengambil pil-pil diet?

Rasanya tak perlu kerana jalan singkat seperti mengambil pil dan produk diet mungkin tak akan berkesan dalam jangkamasa panjang serta kita tahu apakah kesan sampingan yang akan kita dapat di kemudian hari.

Lagipun ada jenis makanan yang boleh kita ambil dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

Menurut Profesor nutrisi, Dr. Barbara Rolls dari Universiti Penn State, pilihlah makanan yang kaya dengan serat, mempunyai lemak baik, makanan protein dan makanan yang kaya dengan kandungan vitamin serta mineral.

Di antara menu kuruskan badan yang boleh kita ambil ialah :

1. Buah Epal

Menu kuruskan badan dengan mengambil buah epal dan ianya sesuai untuk dijadikan snek dan mudah untuk dibawa ke mana saja.

2. Sayur Bunga Kobis

Menu kuruskan badan dengan sayur bunga kobis. Sayur bunga kobis mengandungi 'phytonutrient sulforaphane' yang boleh membantu menurunkan berat badan kita dengan cepat.

Tapi jika tak suka makan kubis bonga, kita boleh gantikannya dengan sayuran brokoli atau bayam.



3. Bijiran Oatmeal

Menu kuruskan badan dengan bijiran oatmeal. Bijiran oatmeal sesuai untuk kita ambil semasa sarapan kerana ia mengandungi serat dan kaya dengan protein.

4. Telur

Menu kuruskan badan dengan telur. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan memakan 2 biji telur sebagai sarapan kita boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama daripada mengambil roti.

5. Yogurt rendah lemak

Menu kuruskan badan dengan yogurt rendah lemak. Terdapat satu kajian dari Universiti Tennessee yang menunjukkan dengan mengambil 3 hidangan yogurt rendah lemak setiap hari boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan 2 kali lebih cepat berbanding makanan daripada produk susu yang lain.



Menu kuruskan badan dan tips diet ini boleh kita amalkan jika kita benar-benar ingin menguruskan badan kita secara sihat dan semulajadi.

** credit to annehashim.com

No comments:

Post a Comment